Kuantan dan Tasik Cini Ride




Jarum jam tepat menunjukkan pukul 9.30 malam..Hujan yg sgt kuat dan lebat betul2 menguji tahap ketahanan ride kali ini..(dah la hujan..dgn angin malam.. sejukk hingga ke tulang..). Namun, tidak sekuat semangat kami utk meneruskan ride ini.. BHP Gombak menjadi saksi, betapa ental dan keringnya hati INDEPENDENT BIKERZ TEAM utk bergerak di litar yg basah di temani hujan yg mencurah2 bersama kepekatan malam..

apapun ride kali ini dimulakan dgn bacaan doa oleh encik jackall.. doa dibaca sebagai pelindung diri dari malapetaka... memohon restu Illahi.. memberkati ride..






Flag off yg telah dilepaskan oleh Encik Abob di Petronas Melati, lewat sedikit pada jadual asal, bagi menunggu raidos yg terkandas tidak menghampakan.. Yang Hadir pada kali ini, adalah dikalangan hati kering di litar yg basah..huhu..










Setelah berada sejam di atas litar yg basah, dgn kelajuan sekata 120km/j merempuhi hujan yg lebat dan kuat, bagaikan merempuh ombak yg ganas.. Namun, berkat kesabaran dan daya tahan yg diri, INDEPENDENT bikers berjaya berhenti ke check point pertama iaitu Petronas bentong..

Meskipun dengan kebasahan dan kesejukkan teramat sgt, masih mampu mengukir senyuman tanda kepuasan berjalan dalam satu kumpulan..

kami berehat seketika utk meregangkan otot dan mengembangkan apa apa yg kecut..












1030 malam bergerak didalam hujan lebat menuju ke check point seterusnya iaitu di Lancang.. singgah sebentar hanya untuk menjemput en mierulz yg telah bersiap sedia menunggu.. berkat kesabaran kami, di lancang hujan tiada lagi turun... hanya kepekatan malam gelap menemani kami sepanjang perjalanan...

namun yang indah hanyalah sementara.. langit tak selalu cerah.. didalam kami melayan kesejukkan malam.. dengan keadaan ride yg tenang, moto en blind breakdown ditepi jalan.. mujurlah jackall slaku marshall belakang datang membantu..

moto blind dan pallion ditunda terus bersama konvoi lain.. akan tetapi setiba di r n r gambang utk membaik pulih motor blind, moto didie pula mengalami kerosakkan..dua moto pengasas dan pallion breakdown.. setelah cuba dibaik pulih dan tak berjaya disebabkan kerosakkan dalam perut enjin.. kami mengambil keputusan utk terus tunda kedua dua moto hingga ke destinasi seterusnya..

beberapa petunda moto yg bertauliah saja dibenarkan menunda moto mereka...

huuhuhuhu...







perbincang demi perbincangan dilakukan bg mengatasi masaalah...



...


Selamat tiba di umah iram pukul 3.30pagi hari.... rumah masih dilimpahi cahaya.. kelihatan org ramai masih menguruskan persiapan kawin utk besok harinya..

kami dijamu dengan air dan pulut sbg mengalas perut oleh tuan rumah..

perbincangan antara hati ke hati dilakukan di kalangan ahli. Muzakarah antara rakan utk menyelesaikan beberapa masaalah berbangkit..

kamdian semua sepakat untuk tido.









Pun begitu.. ketika yg lain sedang nyenyak lena diulit intan... ada jua lembaga yg berlegar di tempat moto..








Seawal pagi pagi tatkala ayam belum berkokok, kami sudah berkeliaran bergegas sekitar kampung mencari barang2 keperluan yg diperlukan oleh Blind dan Didie..

Jackall,Iram dan Tuan bergegas menggegarkan rumah2 pomen yg ada sekitarnya... Byk yg tutup memandangkan ari sabtu dan byk yg memenuhi undangan kenduri kawin...

Ada kedai yg buka tetapi tiada pula brg spare part yg kami perlukan...

Singgah ke sebuah bengkel utk meminjam beberapa barang perlu utk membuka enjin..







Akhirnya, nun disaaana, tidak jauh dari kami..ada lagi kedai yg buka.. lantas kami kesana..

barang yg diperlukan akhirnya berjumpa jua... set piston ring NPR iaitu ring ORi yg tidak lagi dikeluarkan dari kilang, ada dijual disitu. Ring nya agak tebal sedikit.. apapun asal ada barang, memungkinkan kami membaiki moto yg rosak..

bergegas pulang ke challet utk membaiki moto didie dan blind..







Hampir tengah hari, semua raidos kelaparan... bersiap sedia utk makan kenduri rumah iram... bergerak dalam keadaan berdua dua atau pun zig zag2 membelah jalan felda cini dengan penuh bergaya..

kelihatan ada penduduk2 kampung yg melambai2kan tangan seakan2 menyambut konvoi perang pulang... ayam2 peliharaan masing2 menyelamatkan diri tatkala melihat dan mendengar deruman enjin moto berkuasa tinggi kami (perasan..)..

tiba di rumah pengantin... pengantin minta diarak oleh INDEPENDENT... memandangkan pasukan kompang telah cabot ke rumah pengantin lain, maka deruman2 ekjos2 kami menjadi pengganti kompang, memecah kehiruk pikukkan suasana kenduri kawin pada tgh hari tu.. WARpppppp.. WARpppp... WARppppp.. sampai lebammm....







Setelah selesai mengiring pengantin.. moto disusun rapi dan kemas, terus kami bergegas ke meja makan, makannn sekali lagi (2x makan la plak...heheh.), dan minum air soya yg disediakan oleh tuan rumah...

setelah perut penuh diisi dgn makanan lazat2 kami berangkat utk program seterusnya iaitu ke Pekan plak utk kenduri Alang, salah seorang ahli kami di Pekan , kuantan..







Upacara pelepasan ole sedara iram selaku tuan rumah di felda tasek cini...

destinasi seterusnya... pekan, pahang... sejam perjalanan agak ler..







On the way ke pekan, merentasi jalan pintas dalam, membelah jalan2 yg ditemani kiri kanan pokok2 menghijau menyamankan suasana..

pergerakan yg sekata dgn kadar kelajuan 120km/j, memaksa motor2 kecil utk memberi dan membuka laluan konvoi kami..

singgah sebentar ke Tasik Cini utk melihat keindahan ciptaan Illahi.. Konvoi break sekejap utk minum.. tak kurang juga ada mengambil kesempatan utk membeli cenderahati utk dibawa pulang.







selesai membeli belah dan berehat minum utk 20 minit.. kami teruskan perjalanan..








Hmm.. setelah hampir sejam di atas motor mengikut jalan kampung, membelah mentari yg panas, akhirnya kami berhenti seketika utk rehat, memandangkan ada di kalangan kami yg sudah keletihan tapi masih purak2 mampu meneruskan perjalanan..(degil la tu... tak mau mengalah..).







tidak sampai 5 minit, konvoi kami sampai di rumah pengantin.. kami dijamukan dgn air sirap sbg pembasah tekak dan kuih muih sebagai alas perut oleh bakal pengantin perempuan..

pukul 530 ptg konvoi bergerak bersama bakal pengantin menuju ke rumah penginapan yg disediakan.








setelah tiba tempat dituju... penginapan kami ditaja oleh Linda.. penyerahan kunci challet diserahkan.. maka dgn itu.. dgn rasminya challet ini menjadi hak milik kami utk hari ini dan besok..yeahoo...bole buat parti buih...heheheh







yang dibawah ni baru laa challet kami... ada dua bilik di dalam..ada dapur.. ruang tamu dan hall.. ada balcony mengadap tasek.. ada dua bilik air... full aircond.. heheh...sesapa yg berkelamin tu, sessuai sgt laaa... tp kita dah warning kepada pasangan kelamin dlm bilik supaya tidak menjalankan "operasi" disini, nanti tak pasal2 kuar your tube..heheh

apapun tmpt penginapan.. best.. ada astro lagi..

tenkiu linda yg sponsor tempat penginapan kami..hehe.. lewat petang kami standby utk menghadiri upacara akad nikah linda pukul 830 malam.







830 malam bertempat di rumah pengantin.. kelihatan pengantin lelaki mengangkat nikah dgn tenang...

apapun, kami di jamu lagi (berapa kali jamu daaa..) dengan sup tulang dan sup gear box oleh tuan rumah.. masing2 dgn selamba mengambil sorang satu gear..heheh... apapun makan memang sedap..
nasi dan lauk daging juga sedap..







Pagi besoknya... INDEPENDENT standby utk ke rumah kenduri dan check out terus dari challet pukul 1130 pg..

sempat mengambil gambar kenang kenangan bersama di rumah kg berdekatan... enjoy..








pendekar pendekar melayu alaf baru bersama kuda besi masing masing gagah memperagakan baju baju besi mereka, siap sedia utk dihantar ke medan perang....







gambar2 kenangan di Teluk Cempedak sebelum berangkat pulang ke kuala lumpur..tenkiu brader KUEH yg support kami makan MCdonald dan tenkiu dak TZM kuantan yg hadir saat2 akhir..
tenkiu.







muka muka kanak2 riang...







tenkiu assnt manager mc d yg tahan kena ngorat ngan kita orang...hihiii..

dan tenkiu juga kepada TZm kuantan yg datang mengiringi kami disaat2 akhir kami di kuantan hingga ke tol gambang...tenkuiu bro..