Paintball Lagi..

Tembakkkkk..tembakkk lagii...



Seawal pagi, kami semua telah pun bangun bagi memulakan Operasi Ops Paintball.. Sebenarnya, ini adalah kali pertama kami semua bermain sukan X-treme seperti Paintball nie.. sbb nak tukar arah.. asyik main sukan x-treme moto je hari-hari.. hehe..Lokasi Kem Paintball kami adalah Kemesah, tempat dinamakan Isi Rimba Kem.. hehe.. Disini kami diberi taklimat cara penggunaan yg betul dan aspek2 keselamatan oleh coach terlibat iaitu encik Jenal.








Perbincangan sesama kami dijalankan utk memastikan semua siap sedia utk berperang dr segi fizikal dan mental..biasak laa.. nak g perang nie beb.. mula la teringat anak bini, emak ayah dan aweks2 ..heheh.. lebih2 lagi kami dipelawa utk berlawan dengan pasukan yg lebih senior iaitu satu team yg sering bermain utk tournament.. (itu pun kami tau selepas kami berperang dgn dia orang .. huhu..huhu.. ingatkan mula mula dia org pun baru belajar cam kita worang.. sekali dia orang turun perang dgn full suit da... huhu..)








Sessi warp up diberi kepada kami utk membiasakan diri dengan senjata masing2.. pun begitu, ada juga yg pejuang tegar tertembak Coach atau Marshall yg bertugas.. hehe..dan juga sesama rakan..(biasak laa.. macam budak2 dapat pistol air .. semuaa nak ditembak..)









Selesai sessi suai kenal antara senjata dan kami.. heheh.. supaya serasi, kami berpindah ke lapangan sasar yg lebih mencabar.. yg di panggil urban track..Disini, perasaan berdebar tak terkira bila mana pihak lawan kami yg kononnya pada mulanya purak purak pengsan mengaku baru nak belajar rupa rupanya adalah satu pasukan senior yg selalu join tournament paintball.. lebih menggerunkan kami bilamana mereka datang dgn uniform yg lengkap dan membawa senjata sendiri.. huuh...







Semasa game pertama, teramat la ngerinya. kelihatan peluru2 berterbangan merata rata mencari mangsa.. ramailah diantara kami yg kena tembak..rebah ke bumi..huhuh..ternyata peluru painball ini juga amat menyakitkan.. game pertama kami kalah teruk.. ada diantara kami menerima 10 tembakkan, 5 di depan dan di belakang badan.. hehe.. secara amnya, jika anda terkena tembakkan hendaklah mengangkat tangan dan menjerit out supaya mereka tidak lagi menembak anda.. kami kalah teruk..semua bole dikatakan terkorban.. pun begitu tidak mematahkan semangat kami utk meneruskan game kedua..







Pun begitu, game kedua, kami bertukar ke track yg lebih mencabar.. dr track urban yg memerlukan ketangkasan dan speed.. kami bertukar ke track jungle.. yg memerlukan startegi. Macam Perang betul tu beb.. dalam hutan yg agak tebal tak berapa tebal.. hehe..Permainannya senang aja, rebut bendera.. satu pihak lawan akan menjadi couter attack iaitu pihak penyerang utk dapatkan bendera... dan satu lagi group akan menjadi defender..iaitu merebut bendera..


Track ni yg palin best, bilamana kami ditemani dgn hutan hijau, bunyi2 unggas, bunyi aliran air yg tenang... dgn paya paya.. best betul, cam pergi camping la pulak.. apapun, kami menjadi pasukan yg mempertahankan bendera.. maka kami masuk dulu, mencari posisi nyorok masing2 yg startegik utk menjaga bendera.


10 minik kamdian, marshall akan buat kiraan sepuluh dan pihak musuh akan masuk utk merampas bendera.. agak mendebarkan spt peperangan benar, terdengar tembakkan merata2.. anda dikalangan rakan yg terkeluar awal terkena tembakan..


Dalam erti kata lain, pun peperangan ini kami kalah jua bila mana bendera berjaya dirampas meskipung tebakkan demi tembakkan dilepaskan namun tidak menepati sasaran.. huhu..








Untuk game kedua, kami menjadi pasukkan yg menyerang manakala mereka pula yg akan menjaga bendera.. kali ini kami merancang startegi main utk menang.. diatas kesilapan tadi kami bangkit dgn startegi baru.. bukit demi bukit didaki, lurah demi lurah kami turuni.. menyusur paya dan tali air, kami memastikan kami menang utk game kedua ini.. hujan mula turun renyai2..tiada lagi main membabi buta.. hehe.. startegi kami berjaya.. kami berjaya menumpaskan pihak lawan..heheh..kami merasa sgt bangga sbb kemenangan kami memang tidak dijangka oleh pihak lawan memandangkan mereka sangat arif track hutan itu tambahan lagi mereka selalu bermain utk tournament.. apapun, atas semangat team work yg jitu.. itu la hasil nyaa.. syabbasss spektor sahab.. heheh




Ride ke Seremban dan Port Dickson



ride ke pd...



hmm..sedikit report aktiviti sabtu day ke senaawang dan ke pd...



bertolak...pukul 11pg di tol sg besi...



berlaku sedikit kerosakkan di hway pada moto jackall dan naz.. moto jackall hantu air dalam radiator tendang... hehe.. panas... sama juga dgn moto naz... mgkin pakai hantu toyol yg sama dalam moto...



pun begitu, ride tetap diteruskan tapi dgn kadar kelajuan kurang sedikit pada normal.. hanya 120km aje..







kira kira pukul 12 lebey skit sampai ke hentian senawang... menunggu ketibaan tuan umah yg nak jemput kami ke tempat kenduri iaitu en pok die dari seremban...



perot mula meronta ronta utk diberi makan...



pok die tiba dgn tz merahnya 10 minik kemudian dan menjadi pandu arah kami ke tempat kenduri iaitu taman guru..(dekat aja pung...)









sesampai kami di rumah kenduri di taman guru... kami dijamu dgn makanan berkhasiat lagi berzat.. lauk pauk yang marbeless sgt tidak menghampakan..ada rendang daging, ayam goreng kampung (alaa... tgok je gambar tu... lauk byk giler...)..



nasi beriyani berganti ganti... bagaikan menghalang kami berhenti makan... ayam di top up tatkala abis... memaksa kami utk tambah...tenkiu pok di selaku tuan rumah kerana melayan kami dgn sgt baik..



kami makan sampai rebah sementara menunggu ketibaan seorang lagi rakan kami dari segamat..iaitu encik apit.. maka kami makan perlahan2 demi menunggu beliau..hehehe,..







setelah selesai makan..(itupun sbb org dah nak kemas meja..heheh) dan ketibaan apit dr segamat, kami ingin berangkat pulang... TIBA-TIBA...ujannnn...turun dgn lebat..memaksa kami masuk semula ke khemah kenduri dan terus ke rumah pengantin utk berlindung dr hujan lebat..



kami .. makannn lagi.. kueh muih yg disediakan utk kami... (makan..makannn.. makan..)



sementara menunggu hujan reda.. kami melayan sessi karoeke oleh tuan rumah...







setelah hujan mulai reda sedikit, kami bergegas ke motor masing masing utk berangkat ke port dickson la pulak... perjalanan dalam keadaan litar basah, memaksa kami memandu dalam keadaan berhati hati.. kelajuan moto dikurangkan lagi sedikit...perjalan santai ke pd selama 30 minit...






dalam perjalanan... tiba tiba kami diserangggg... diserang oleh hujan lebat memaksa kami berenti di salah sebuah stesen minyak dalam perjalanan ke pd..



kami berteduh selama sebatang rokok dan bergerak semula ke pd...







kami akhirnya tiba di blue lagoon.. port dickson.. rehat sebentar menghirup angin laut... melihat org mandi.. kemudian beredar pula ke pantai seterusnyaa...









pantai cermin agak sedikit ke dalam menempuhi kawasan kg.. agak menarik pantai ini...hehehhe..







pantai demi pantai kami pergi..heheh..so len kali tak payah pergi lagi..heheh.. last sekali kami g exspo utk minum dan bersiar2 mencuci mata sebelum pulang ke kl







Kami semua berenti last di hentian seremban sebelum mengucapkan bye bye sesama yg lain.. dan kami berpecah menuju destinasi memasing..