Ride Kenduri Kawin Linda dan Alang V2

Pagi yg indah itu kelihatan tersusunnya beberapa biji TZM Independent Bikerz Team yg gagah. Kedatangan pengantin pada 1 tgh hari bersama sebuah bas dari Kuantan yg penuh dgn gadis2 muda remaja mahupun yg tua bangka berpusu pusu ke dewan sekolah utk majlis kenduri kawin Alang dan Linda...kali ni kenduri bagi pihak sebelah pengantin lelaki pulak... sbb ari tu dah buat belah pengantin perempuan di Kuantan..



14 bijik tzm hadir memberi sokongan moral dan datang utk makannnnn...biasak la.. kalau pasal makan.. cepat jer diaorang nie datang.. lagipun katanya kita semua akan dijamu dgn ayamm bebb.. bukan ayam haram kat lorong chow kit tu.. hehe.. ini ayam baik punyer.. ayam panggang daa..heheh



Kamdian, tiba di kawasan dewan sekolah, kami disambut oleh ayam golek yg mengiurkan di pintu masuk dewan.. ayam golek yg ditaja itu, adalah utk tetapu Vip yg hadir seperti kami..heheh..kami segera beratur di tempat buffet dan meng kidnap ayam2 golek yg baru dihidangkan di meja makan..heheh..nyum nyum...ntah kenapa laaa di panggil ayam golek yer.. tgok tak macam golek pun.. tak kesah laa.. golek ker guling ker.. asal ayam memang peberet kami...



Kami semua menjamu selera tanpa segan silu.. acara menghabiskan sorang seekor ayamm....hahaha...seorang seekor tu beb.. ntah mana laa dia org kidnap ayam bebanyak ni pun aku tak tau.. yg kami tau... bedal jer laa...suh makan ayam.. bukan suh menari nari ke aper ker... byk gak la kami melantak.. hingga smpai bulat2 perut memasing dah.. ada gak yg tak larat bangun..hehehe..



pengantin lelaki dan perempuan iaitu cik Alang dan Linda turut serta bantu menyediakan keperluan keperluan lain peserta.. dijamukan dgn air nescafe dan teh panas pula setelah bulat perut menjamu ayam2 golek...huhuhu...penat makan tul...tak pernak rasa makan kenduri kawin sekenyang ini.. dah bagi makan ayam sorang sekor.. pastu bagi air nescafe la pulak.. org lain yg datang, hanya dapat melihat kami dengan pandangan yg jeless.. heheh..



Kami semua bermanja manja dgn pengantin dalam sessi photo gedik..hehe.. dan kami pulang dgn perut bulat...hehehe..



Terima Kaseyyy kepada yg sudi hadir memeriahkan suasana...dan terima kaseh kepada Alang dan Linda yg melayan kami semua sbg tetamu VVIP sehingga makan buffet sampai rebah.. heheh..Selamat Pengantin Baru Alang Linda Independent Bikerz Team.




Independent Bikerz Team Paintball War


Paintball adalah diantara sukan X-Treme yg baru bertapak di Malaysia dan kini telah mendapat permintaan ramai.. Ianya bagaikan tumbuh bak cendawan. Ianya adalah salah satu aktiviti yg mencabar keupayaan mental dan fizikal. Tak kenal maka tak tahu.. haha.. oleh itu kami semua mencuba perkara baru dalam kehidupan iaitu dgn mencuba sukan lasak seperti paintball ini utk menguji ketahanan diri memasing dan semangat berpasukan bg memantapkan jati diri.. Maka dgn itu.. Independent Bikerz Team.. Perang Paintball...Yearghhhh... 
 
 

Seawal pagi, kami semua telah pun bangun bagi memulakan Operasi Ops Paintball.. Sebenarnya, ini adalah kali pertama kami semua bermain sukan X-treme seperti Paintball nie.. sbb nak tukar arah.. asyik main sukan x-treme moto je hari-hari.. hehe..Lokasi Kem Paintball kami adalah Kemesah, tempat dinamakan Isi Rimba Kem.. hehe.. Disini kami diberi taklimat cara penggunaan yg betul dan aspek2 keselamatan oleh coach terlibat iaitu encik Jenal.








Perbincangan sesama kami dijalankan utk memastikan semua siap sedia utk berperang dr segi fizikal dan mental..biasak laa.. nak g perang nie beb.. mula la teringat anak bini, emak ayah dan aweks2 ..heheh.. lebih2 lagi kami dipelawa utk berlawan dengan pasukan yg lebih senior iaitu satu team yg sering bermain utk tournament.. (itu pun kami tau selepas kami berperang dgn dia orang .. huhu..huhu.. ingatkan mula mula dia org pun baru belajar cam kita worang.. sekali dia orang turun perang dgn full suit da... huhu..)

 






Sessi warp up diberi kepada kami utk membiasakan diri dengan senjata masing2.. pun begitu, ada juga yg pejuang tegar tertembak Coach atau Marshall yg bertugas.. hehe..dan juga sesama rakan..(biasak laa.. macam budak2 dapat pistol air .. semuaa nak ditembak..)


 

 







Selesai sessi suai kenal antara senjata dan kami.. heheh.. supaya serasi, kami berpindah ke lapangan sasar yg lebih mencabar.. yg di panggil urban track..Disini, perasaan berdebar tak terkira bila mana pihak lawan kami yg kononnya pada mulanya purak purak pengsan mengaku baru nak belajar rupa rupanya adalah satu pasukan senior yg selalu join tournament paintball.. lebih menggerunkan kami bilamana mereka datang dgn uniform yg lengkap dan membawa senjata sendiri.. huuh...

 

 







Semasa game pertama, teramat la ngerinya. kelihatan peluru2 berterbangan merata rata mencari mangsa.. ramailah diantara kami yg kena tembak..rebah ke bumi..huhuh..ternyata peluru painball ini juga amat menyakitkan.. game pertama kami kalah teruk.. ada diantara kami menerima 10 tembakkan, 5 di depan dan di belakang badan.. hehe.. secara amnya, jika anda terkena tembakkan hendaklah mengangkat tangan dan menjerit out supaya mereka tidak lagi menembak anda.. kami kalah teruk..semua bole dikatakan terkorban.. pun begitu tidak mematahkan semangat kami utk meneruskan game kedua..


 

 






Pun begitu, game kedua, kami bertukar ke track yg lebih mencabar.. dr track urban yg memerlukan ketangkasan dan speed.. kami bertukar ke track jungle.. yg memerlukan startegi. Macam Perang betul tu beb.. dalam hutan yg agak tebal tak berapa tebal.. hehe..Permainannya senang aja, rebut bendera.. satu pihak lawan akan menjadi couter attack iaitu pihak penyerang utk dapatkan bendera... dan satu lagi group akan menjadi defender..iaitu merebut bendera..


Track ni yg palin best, bilamana kami ditemani dgn hutan hijau, bunyi2 unggas, bunyi aliran air yg tenang... dgn paya paya.. best betul, cam pergi camping la pulak.. apapun, kami menjadi pasukan yg mempertahankan bendera.. maka kami masuk dulu, mencari posisi nyorok masing2 yg startegik utk menjaga bendera.


10 minik kamdian, marshall akan buat kiraan sepuluh dan pihak musuh akan masuk utk merampas bendera.. agak mendebarkan spt peperangan benar, terdengar tembakkan merata2.. anda dikalangan rakan yg terkeluar awal terkena tembakan..


Dalam erti kata lain, pun peperangan ini kami kalah jua bila mana bendera berjaya dirampas meskipung tebakkan demi tembakkan dilepaskan namun tidak menepati sasaran.. huhu..



 



 


Untuk game kedua, kami menjadi pasukkan yg menyerang manakala mereka pula yg akan menjaga bendera.. kali ini kami merancang startegi main utk menang.. diatas kesilapan tadi kami bangkit dgn startegi baru.. bukit demi bukit didaki, lurah demi lurah kami turuni.. menyusur paya dan tali air, kami memastikan kami menang utk game kedua ini.. hujan mula turun renyai2..tiada lagi main membabi buta.. hehe.. startegi kami berjaya.. kami berjaya menumpaskan pihak lawan..heheh..kami merasa sgt bangga sbb kemenangan kami memang tidak dijangka oleh pihak lawan memandangkan mereka sangat arif track hutan itu tambahan lagi mereka selalu bermain utk tournament.. apapun, atas semangat team work yg jitu.. itu la hasil nyaa.. syabbasss spektor sahab.. heheh


 


 

Independent Bikerz Team Racing Team in MSS Sepang open race


Pada satu pagi yang hening, tatkala mentari merah masih lagi diselimuti awan malam.. tatkala kabus masih menebal..kami bergerak ke dari rumah Panjang dengan menaiki van yg ditaja oleh MZRB iaitu bengkel tempat Panjang bekerja, untuk meng haplotkan moto moto yg telah disiapkan utk pertandingan Malaysian Super Siries Sepang (MSS Sepang).. Moto diikat rapi serapi mengikat rambut gadis. Setelah selesai moto dimasukkan ke dalam perut van, maka dengan perlahan kami bergegas menuju ke Litar Antara Bangsa Sepang..Vroommm..Vroommm....Van dipandu oleh encik Jackall perlahan disamping encik Panjang di sisi selaku co pilot dengan tenang memandu menyusuri h/way yg sunyi menuju ke Litar Sepang...






Seawal 8 pagi kami telah pun berada di litar Sepang menanti pintu masuk dibuka.. Tak sabar rasanya melihat jentera kami beraksi. Pada pukul 8.30pagi pintu rasmi dbuka, maka berpusu pusu laa mereka mereka itu mencari port yg cantik utk parking.. Setelah mengeluarkan moto, kami membuat pemeriksaan terakhir ke atas jentera jentera kami.. Litar telah pun padat dgn insan2 yg bergelar pomen dan riders di pit.

  




Kelihatan racing2 suit bergantungan tanda riders telah bersiap sedia utk menguji jentera dan skill diri..


 

 

 




Kerja kerja penyettingan dilakukkan utk memastikan moto berada di tahap yg terbaik..

 






Perbincangan di antara Mira Buruk dan Panjang di atas ketidakpuashatian terhadap jentera pada pagi itu.. Mira datang membantu meskipun dari pasukan motor yg lain..Itu la semangat pasukan.


 

 






Bersama sama riders di saat akhir sebelum bermula perlumbaan..Encik Panjang diberi kata kata semangat..






 






 


 



  






Bersedia.. gentlemen.. Start u r engine...


 

 






Kami naik ke atas bumbung pit bagi mendapat view lebih bagus.. terikkan matahari sedikit pun tidak memberi kesan kepada kami..heheh.. cuma hitam jer laa skik kulit yg dah gelap nie..


 

 



Perlumbaan tamat dgn mendapat tempat ke 21 dr 31.. Agak ok.. tapi kami pasti kembali lagi.. merepeat.. sbb moto tak berapa sehat pada hari ini.. heheh..


 





 

Ride Independent Bikerz Team bersama NSR Malaysia dan A.K.A ke Chamang



ride bersama NSR 150, A.k.A bikers dan Independent Bikerz Team



Sempena tahun baru, kami memenuhi undangan Join Venture Ride diantara NSR150 dan bikers TZM gabungan Independent Bikerz Team dan A.K.A.



RV di BHP selepas to gombak pd pukul 10.. menunggu kehadiran bikers2 TZM dan NSR yg lain. Minyak diisi penuh bg kelancaran ride.



Pukul 10.30 bergerak ke bentong.. Marshall bertugas en jai and the gang dr barisan dan toggak NSR.











Sesampai di bentong, kami berhenti di kedai makan utk sarapan tgh hari..heheh..motor disusun rapi..kdai2 makan dikejutkan dgn deruman enjin 150 di pagi2 hari (dah nak tgh hari pung..).. apapun kedai makan no 7, utk besar kerana kami memilih kedai tersebut utk minum dan makan..(er..makan agak mahal disini..heheh..)












selesai sessi makan dan minum mengalas perut kami beredar menuju ke chamang menempuhi pekan kecil..












25 bijik motorsikal 150 cc menempuhi pekan bentong dgn gah. Ada dikalangan penduduk yg melambai mesra seolah2 mau ikut bersama..hehe..apapun terasa cam artis plak bila org ramai melihat2 dan melambai2 tgn..



kamdian menyusuri suasana hutan hijau menuju ke chamang.. byk korner2 best tapi semua penunggang mengambil korner dgn sopan..heheh












sampai di air terjun chamang, moto diparking kemass...












sampai di air terjun chamang, moto diparking kemass...












singgah minum dan makan di tempat deretan kedai pagi tadi cuma di kedai yg lain... riders menikmati makanan tgh hari... sebelum bertolak pulang...



marshall bertugas melipatkan vest marshall dan mengumumkan acara balik adalah acara bebas sehingga kami ke luar ke jalan h/way...



kami bersalaman dan berpisah...



terima kasih kepada semua yg terlibat. tenkiu.








Ride ke Janda Baik, Pahang utk Family BBQ

Tiada yg terindah melainkan bersama sama teman sepermotoran melayari highway yg gersang menuju ke kawasan perkampungan yg di kelilingi tumbuh tumbuhan menghijau...

kali ini, ride BBQ ke janda baik, pahang... menjadi pentutup ride kami utk tahun ini...

tepat pukul 3ptg kami bergerak perlahan tatkala mentari merah diselindungi awan mendung berarak lesu, meredupkan suasan perjalanan kami ke janda baik pada hari itu...26hb disember 2008..

sedikit kerosakkan pada moto panjang pd awalnya diatasi dgn mudah disbbkan kegagalan berfungsinya CDI nya, lantas dibuang jauh2 ke hutan belukar berdekatan...(aku carik ballik tp tak jumpa sbb itu cdi racing yg dia pakai main trek..hehehe..)




kami segerombolan tzm mengharungi highway yg lesu pilu dengan kelajuan 120km atau mgkn lebih sedikit tatkala memotong kenderaan2 yg perlahan.. ride diketuai oleh maikel din selaku marshall depan pada hari itu..aloy selaku sweeper dan jackall selaku marshall belakang.





jiwa tenang tatkala menyusuri jalan masuk ke janda baik yg ditemani tumbuhan hijau sepanjang perjalanan.. litar yg basah, melimitkan kami pada kadar 110km menyusuri korner2 yg layannnn..




jiwa bertambah tenang tatkala melalui laluan masuk ke latta charok yg dikelilingi tumbuhan2 hijau dan hidupan2 liar.. terkadang, ada pula monyet2 yg cuba melintas tetapi lari tatkala melihat kelibat motor kami dgn deruman yg memecah kesunyian kampung..

3.45 petang...lata carok menyambut kami dgn bunyi cengkerik2 dan unggas2 di sekeliling..




setelah meletakkan segala barang2 ke dalam challet yg disediakan oleh pihak penganjur iaitu crew independent, acara pertama adalah mencari kayu utk unggun api dan utk sessi BBQ..(nak carikk kayuuu... nak carik kayuu..).

berbekalkan 2 bilah parang yg disediakan, kami meraduk masuk ke hutan belukar mencari dahanan kering dan kayu2 utk dijadikan bahan api kelak malam. kami dibahagikan kepada dua pasukkan...

satu pasukan parang pentetak.. menumbangkan dahan2 mahupun kayu kayu kering dan satu lagi adalah pasukan pengankutan awam... mengangkut kayu2 ke challet..






acara berlangsung selama 15 minit diakhiri dgn acara minum petang dan makan kuih bagi memulihkan tenaga yg hilang utk acara kedua iaitu mandi manda di sg.

kuih ditaja oleh Independent bikerz crew...








4.30 petang, kami semua telah siap utk acara mandi manda bagi menghilangkan bau2 peluh ketika mencari kayu di dalam hutan...

sekali lagi kami menyusuri kawasan dan lorong2 kampung yg tenang dan damai...ke air sg yg lebih kurang 5 minit perjalanan dgn motor dari challet kami.



=




herm.. air sg yg mengalir deras.. masing2 cuba bertahan selama mana yg boleh tetapi tetap gagal lalu naik selepas 40 minit..heheh..








air sungai yg sesejuk ais kosong... menusuk ke tulang sum sum kami lantas memaksa kami utk tidak berendam dgn lebih lama...






6.30 petang ... kami naik ke darat memburu makan di kedai makan yg berhampiran bg mengalas perut yg sudah mulai kecut yg mula menagih diiisikan makanan.





minum panas di hirup mengembangkan segala macam urat yg kecut.. mee kari di order mengisi ruang2 perut yg kosong...








8.30 malam ... acara BBq yg dinantikan dirasmikan oleh pengasas2 independent bikerz team.. BBq ayam, daging, sosej etc pada malam itu di masak oleh salah saeorang pengasas sendiri utk ahli kelab iaitu encik DIdie.




Nunn disana, kelihatan amin dan tuan sedang mengusahkan api utk memasak air minum..








acara makan BBQ bermula pada pukul 9 malam... kami mula menyerbu daging yg panas yg sedang dimasak oleh didie utk diratah bersama sos..




disusuli dgn acara kekeluargaan yg menguji kesabaran minda bila di denda minum air kopi kaw cap kapal api setiap kali kalah... game daun laa apa lagi..heheh...




deretan barisan barisan moto yg hadir pada malam itu... naz, ba an dan pok die datang lewat malam pukul 11 mlm pun masih sempat dijamukkan dgn ayamm bakar..




kelihatan panjang cube menyelamatkan cerek dari rentung dijamah api masak yg marak... hehe.. api itu kemudian di tranform sebagai unggun api..utk menghangatkan suasana malam yg kian sejuk...








unggun api jackall yg mencecah ke 4 kaki tinggi... menerangi kegelapan malam (meskipun dah ada disediakan lampu..)....hingga ke awal pagi...




pukul 9 pagi keesokkan harinya... kelihatan masih lagi ada kabus tebal menyelimuti gunung ganang...

jackall membersihkan kawasan BBQ mlm tadi... dan ada peserta yg repeat balik mandi ke air sg semalam...




  




suami suami bersama isteri memasing bergambar kenang kenangan sebelum pulang.....




marshall mrshall yg bertugas utk ride kali ini iaitu amin selaku marshall belakang, jackall marshall depan dan aloy sweeper.

tenkiu kepada semua yg terlibat...

ps: aktivit yg tak dimasukkan ialah aktiviti bolasepak, mandi manda sebelum balik dan aktivit kad.. sbb ketiadaan gambar dalam arkib.. heheh..tq