Independent Bikerz Team Paintball War


Paintball adalah diantara sukan X-Treme yg baru bertapak di Malaysia dan kini telah mendapat permintaan ramai.. Ianya bagaikan tumbuh bak cendawan. Ianya adalah salah satu aktiviti yg mencabar keupayaan mental dan fizikal. Tak kenal maka tak tahu.. haha.. oleh itu kami semua mencuba perkara baru dalam kehidupan iaitu dgn mencuba sukan lasak seperti paintball ini utk menguji ketahanan diri memasing dan semangat berpasukan bg memantapkan jati diri.. Maka dgn itu.. Independent Bikerz Team.. Perang Paintball...Yearghhhh... 
 
 

Seawal pagi, kami semua telah pun bangun bagi memulakan Operasi Ops Paintball.. Sebenarnya, ini adalah kali pertama kami semua bermain sukan X-treme seperti Paintball nie.. sbb nak tukar arah.. asyik main sukan x-treme moto je hari-hari.. hehe..Lokasi Kem Paintball kami adalah Kemesah, tempat dinamakan Isi Rimba Kem.. hehe.. Disini kami diberi taklimat cara penggunaan yg betul dan aspek2 keselamatan oleh coach terlibat iaitu encik Jenal.








Perbincangan sesama kami dijalankan utk memastikan semua siap sedia utk berperang dr segi fizikal dan mental..biasak laa.. nak g perang nie beb.. mula la teringat anak bini, emak ayah dan aweks2 ..heheh.. lebih2 lagi kami dipelawa utk berlawan dengan pasukan yg lebih senior iaitu satu team yg sering bermain utk tournament.. (itu pun kami tau selepas kami berperang dgn dia orang .. huhu..huhu.. ingatkan mula mula dia org pun baru belajar cam kita worang.. sekali dia orang turun perang dgn full suit da... huhu..)

 






Sessi warp up diberi kepada kami utk membiasakan diri dengan senjata masing2.. pun begitu, ada juga yg pejuang tegar tertembak Coach atau Marshall yg bertugas.. hehe..dan juga sesama rakan..(biasak laa.. macam budak2 dapat pistol air .. semuaa nak ditembak..)


 

 







Selesai sessi suai kenal antara senjata dan kami.. heheh.. supaya serasi, kami berpindah ke lapangan sasar yg lebih mencabar.. yg di panggil urban track..Disini, perasaan berdebar tak terkira bila mana pihak lawan kami yg kononnya pada mulanya purak purak pengsan mengaku baru nak belajar rupa rupanya adalah satu pasukan senior yg selalu join tournament paintball.. lebih menggerunkan kami bilamana mereka datang dgn uniform yg lengkap dan membawa senjata sendiri.. huuh...

 

 







Semasa game pertama, teramat la ngerinya. kelihatan peluru2 berterbangan merata rata mencari mangsa.. ramailah diantara kami yg kena tembak..rebah ke bumi..huhuh..ternyata peluru painball ini juga amat menyakitkan.. game pertama kami kalah teruk.. ada diantara kami menerima 10 tembakkan, 5 di depan dan di belakang badan.. hehe.. secara amnya, jika anda terkena tembakkan hendaklah mengangkat tangan dan menjerit out supaya mereka tidak lagi menembak anda.. kami kalah teruk..semua bole dikatakan terkorban.. pun begitu tidak mematahkan semangat kami utk meneruskan game kedua..


 

 






Pun begitu, game kedua, kami bertukar ke track yg lebih mencabar.. dr track urban yg memerlukan ketangkasan dan speed.. kami bertukar ke track jungle.. yg memerlukan startegi. Macam Perang betul tu beb.. dalam hutan yg agak tebal tak berapa tebal.. hehe..Permainannya senang aja, rebut bendera.. satu pihak lawan akan menjadi couter attack iaitu pihak penyerang utk dapatkan bendera... dan satu lagi group akan menjadi defender..iaitu merebut bendera..


Track ni yg palin best, bilamana kami ditemani dgn hutan hijau, bunyi2 unggas, bunyi aliran air yg tenang... dgn paya paya.. best betul, cam pergi camping la pulak.. apapun, kami menjadi pasukan yg mempertahankan bendera.. maka kami masuk dulu, mencari posisi nyorok masing2 yg startegik utk menjaga bendera.


10 minik kamdian, marshall akan buat kiraan sepuluh dan pihak musuh akan masuk utk merampas bendera.. agak mendebarkan spt peperangan benar, terdengar tembakkan merata2.. anda dikalangan rakan yg terkeluar awal terkena tembakan..


Dalam erti kata lain, pun peperangan ini kami kalah jua bila mana bendera berjaya dirampas meskipung tebakkan demi tembakkan dilepaskan namun tidak menepati sasaran.. huhu..



 



 


Untuk game kedua, kami menjadi pasukkan yg menyerang manakala mereka pula yg akan menjaga bendera.. kali ini kami merancang startegi main utk menang.. diatas kesilapan tadi kami bangkit dgn startegi baru.. bukit demi bukit didaki, lurah demi lurah kami turuni.. menyusur paya dan tali air, kami memastikan kami menang utk game kedua ini.. hujan mula turun renyai2..tiada lagi main membabi buta.. hehe.. startegi kami berjaya.. kami berjaya menumpaskan pihak lawan..heheh..kami merasa sgt bangga sbb kemenangan kami memang tidak dijangka oleh pihak lawan memandangkan mereka sangat arif track hutan itu tambahan lagi mereka selalu bermain utk tournament.. apapun, atas semangat team work yg jitu.. itu la hasil nyaa.. syabbasss spektor sahab.. heheh


 


 

0 Responses

Post a Comment