Selatan Rides - Seremban - Melaka - Muar

INDEPENDENT BIKERZ TEAM berkumpul tepat pukul 8.30 pagi dan memulakan konvoi "selatan rides" bukan setan rides tau .. selatan rides ke seremban, melaka dan johor.. perjalanan bermula dari stesen minyak di tol sg besi.. dalam perjalanan ada sedikit berlaku kerosakkan pada salah seorang bikerz independent iaitu encik alang, bilamana water pump motor tidak dapat berfungsi dgn baik..huhuh...




Utk merawat moto yg cedera, maka hentian pertama dilakukan bilamana kami terpaksa menyusur masuk ke seremban menuju ke kedai pomen AH SOON di persisiran gigi bandar seremban.. Motor dibaiki mengambil masa agak lama maka kami mengambil peluang utk makan tgh hari sementara menunggu motor siap.. setelah motor siap, kelajuan konvoi hanya bole bergerak dalam kadar 120km/j sahaja.. perjalanan diteruskan ke ayer keroh bagi menerima kedatangan seorang lagi independent bikerz dr melaka...




Perjalanan dgn kadar 120km/j akhirnya, sampai ke ayer keroh melaka pada 4.15 petang.. menunggu kedatangan apip salah seorang independent bikerz yg standby di melaka.. apip mengetuai konvoi menyusuri jalan lama melalui bandar melaka dan jalan2 kampung.. singgah di bemban utk isik minyak sebentar dua dan terus ke tangkak menunggu hamzah pula di stesen minyak petronas tangkak..hamzah adalah ahli lamaaa independent yg bermaustautin sudah di kluang sudi menyertai konvoi..




pembetulann: hotel tangkakkk bkn segamat harap maklum.tq

pada 6.30 petang, kami membatalkan niat utk check in dahulu, kamni membuat keputusan untuk terus ke rumah Naz dimana kami melakukan kerja2 amal jariah seperti memotong nenas, mengemas meja, menyusun kerusi dan segala macam kerja utk persiapan adik perempuannya yg akan berkahwin besok harinya... 8mlm setelah selesai kerja2 kami bergerak melarikan diri dan check in di hotel 5 bintang kami..disana kami mandi manda dan berehat seketika menunggu acara malam iaitu bersantai bersama kumpulan kangaroo kelab tzm muar.. di dataran muar..




Di hotel 5 bintang kami..hehe..berehat dan membersihkan diri memasing.. ada dikalangan yg mengambil sedikit masa utk merehatkan tubuh badan yg keletihan..




Perjumpaan dgn kangaroo kelab tzm di muar berjalan lancar..perjumpaan berlangsung di dataran muar.. kami dibawa menjamu selera di kedai makan salah seorang ahli kanggaroo kelab.. selesai makan sessi mengambil photo antara satu sama lain utk kenang kenangan..kembali ke hotel 5 bintang utk tido...keletihann..




Pada keesokkan harinya, awal pagi... bangun bersiap siap utk misi mencari puteri gunung ledang..perjalan kurang dari 15 minit dari istana hinggap kami dgn kadar kelajuan 110 km/j menuju ke kaki gunung ledang..di sana kami bermandi manda sesuka hatinyaa hingga terlupa misi mencari puteri gunung ledang..




Setelah selesai mandi manda gunung ledang ..pergerakkan diteruskan terus ke last check point di melaka.. di melaka kami semua bersurai ke haluan masing2..


0 Responses

Post a Comment