Ride ke Kuala Gandah berjumpa Gajah

Para peserta berkumpul di stesen minyak BHP gombak sebelum bergerak terus ke destinasi.. Menanti peserta peserta dan kengkawan yg lewat bangun.. huhuh..







Tepat jam tengah hari, iaitu jam doblas laa.. kami berhenti seketika di h/way utk sebatang rokok sebelum memulakan sessi "bakar karbon" oleh kengkawan kite... semua sedang bersiap sedia dengan jentera masing masing dengan harapan dapat bergerak selaju angin.. hehe..







..menunggu ketibaan dak dak yg lambat sampai di pit stop ketika sessi bakar karbon berlangsung.. di kuala gandah tempat pemuliharaan gajah, register nama dulu kalau kalau ada peserta yg di kidnap atau dimakan gajah... disana ada taklimat tentang gajah, asal usul dan punca kepupusan gajah...diantara punca utama adalah pengambilan gading gajah yg berleluasa...







kelihatan ada dikalangan pengunjung mat salleh...apapun gajah gajah dimandikan oleh tarzan tarzan malaya kita di tepi sungai..berkesempatan memberi gajah makan.. makan tembikai lagi tu..







sebelum balik, kami mendaftar nama keluar untuk memastikan tiada yang dimakan gajah.. heheh.. semua bersiap sedia utk pulang ke ibu kota..... bakar karbon lagikk... sampai lebamm...huhuhuh... selamat tinggal gajah...





0 Responses

Post a Comment